Takakura Home Method





KITA (Kitakyusyu International TechnoCooperative Association) Jepun telah memperkenalkan kaedah kompos “Takakura Home Method” (THM). Sesuai digunakan oleh semua golongan masyarakat terutamanya bagi  isi rumah yang berskala kecil.

Kelebihan Kaedah Takakura

·  Mudah dilaksanakan.
·  Masa penguraian sisa pepejal berlaku dengan singkat iaitu 2 minggu.
·  Sisa buangan mudah diperolehi.
·  Modal penghasilan baja kompos menggunakan kaedah THM adalah lebih murah berbanding harga baja kompos di pasaran.
            - Kos takakura 1 kg = RM5
            - Harga baja di pasaran = RM12



LANGKAH-LANGKAH

 PENGKOMPOSAN


1)   PENYEDIAAN CECAIR PENAPAIAN (2 liter)


1. (GULA MERAH)

Cecair Penapaian Gula Merah

· Bahan-bahan yang diperlukan :

      - Gula merah (250 g)

      - Tempe (1/4 paket, cebisan kecil)

      *Taucu (2 sudu)        

      *Yogurt (2 sudu)

    (*Tidak menjadi keutamaan)


· Semua bahan-bahan dicampur ke dalam botol/balang kedap udara.

· Peram cecair penapaian selama 3-5 hari.

 

2. (GARAM)

Cecair Penapaian Garam

· Bahan-bahan yang diperlukan :

            - Garam (250g)  

            - Kulit buah/sayuran (200g)

· Kulit buah/sayuran dipotong kecil-kecil dan dicampur ke dalam botol/balang kedap udara

· Peram cecair penapaian selama 3-5 hari



    2)   PENYEDIAAN MEDIUM TANAH UNTUK KULAT


· Bahan-bahan yang diperlukan:

            - Kotak kosong bertutup(kotak A4)
            - Tanah (2kg)
            - Dedak ayam (1kg)

· Bahan pengganti kepada dedak ayam :

            - Habuk kayu  
            - Sekam padi

1) Tanah dan dedak ayam dicampur sehingga sebati berdasarkan nisbah berikut:                                     
                                  (2 tanah : 1 dedak ayam)

2) 2 jenis cecair penapaian yang telah diperam dimasukkan bersama campuran tanah di atas sehingga tanah boleh dikepal.

3) Bekas penyimpanan disimpan di bawah suhu bilik (27°) dan kerana penerimaan cahaya matahari selama 3-5 hari sehingga berlaku pertumbuhan kulat putih dipermukaan tanah.  



3)   PENYEDIAAN PROSES PENGKOMPOSAN

Bahan yang diperlukan:

 - Bakul berlubang  - Plastik sampah/kain
 - Kotak kadbod       - Sisa dapur

· Kerat kotak dan bentukkan mengikut bentuk bakul sebelum diletakan di sekeliling bahagian dalam bakul. 

· Tanah yang telah ada pertumbuhan kulat putih dipindahkan ke dalam bakul (1/2 dari tinggi bakul).

· Buat lubang ditengah-tengah tanah untuk diletakkan sisa makanan.

· Timbus sisa tadi dengan tanah  dan tutup menggunakan kain atau plastik sampah untuk mengelakkan gangguan serangga.

· Selepas 3 hari, gaul tanah dan sisa bagi mengelakan bau yang kurang menyenangkan.



  • Baja kompos terhasil setelah 2 minggu sisa makanan ditimbus