Pengkomposan Berpagar


Pengkomposan cara berpagar merupakan satu kaedah menjadikan sisa-sisa kebun seperti rumput hijau dan daun kering kepada baja kompos yang bagus untuk pertumbuhan tumbuhan kerana kaya dengan nutrien.  Air larutan tinja lembu digunakan bersama sebagai satu bahan mempercepatkan penguraian sisa-sisa kebun kepada baja kompos. Kaedah ini juga merupakan salah satu pengurusan sisa buangan yang efisien dan menggalakkan amalan gaya hidup lestari pada masa akan datang.

Bahan-bahan yang diperlukan :
1) Karung dawai  6 kaki x 3 kaki (RM16)
2) 4 batang kayu (5 kaki panjang)
3) Tinja lembu 5 kg x RM0.50 = RM2.50
4) Air
5) Penyakar/Penyodok
6) Tali rafia

Bahan yang perlu untuk dikompos :

- Sisa-sisa kebun/taman (rumput hijau dan daun kering)



Langkah-langkah



1)    Tanam beberapa tiang kayu membentuk seperti bulatan berpagar dikawasan   yang sesuai dan dilindungi angin.


2)      Lenturkan karung dawai seperti gambar rajah di atas untuk membentuk pagar supaya berbentuk silinder.



3)    Larutkan tinja lembu bersama air.



4)     Letakkan sisa-sisa kebun (daun kering dan rumput hijau) secara berselang-seli dan siram dengan air larutan tinja lembu.



5)     Ulangi langkah 4 sehingga timbunan menjangkau 3 kaki.



Langkah-langkah yang perlu diambil perhatian :

1) Jangan campur bahan plastik/botol bersama bahan yang akan dikompos.

2) Siram timbunan dengan air setiap 3 hari supaya bahan kompos sentiasa lembap.

3) Kompos boleh dirombak dari bawah dan tengah.

4) Selepas 40-45 hari, baja kompos sudah boleh mula digunakan.


  • Bahan-bahan alternatif selain tinja lembu:

            - yogurt masam yang dilarutkan
               bersama air
            - cecair penapaian gula merah