Pengumpulan Data

Latar Belakang Responden

Kami mengagihkan borang soalan kajian penyelidikan kepada 437 responden semasa kempen kesedaran dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran gaya hidup yang lestari di bandar dan membuat penemuan untuk dianalisis menggunakan SPSS Versi 19. Rajah 1 menunjukkan taburan responden mengikut kumpulan umur. Responden berumur di bawah 20 dengan 46.7%, dan daripada mereka dalam lingkungan umur 12-20 tahun. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden adalah pelajar sekolah. Kira-kira 20.6% daripada responden yang berumur antara 20-29 tahun, 15.6% responden berumur antara 30-39 tahun, 11.9% daripada responden yang berusia antara 40-49 tahun dan diikuti dengan 5.3% daripada responden yang berumur 50 tahun - 59 tahun.
Rajah1: Peratus umur responden yang terlibat 
Rajah 2 menunjukkan kawasan lokasi yang telah diadakan sepanjang projek kami. Hypermarket GIANT mewakili peratusan yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain iaitu 38.2%. 437 responden telah ditemuramah dan menjawab soal selidik. Untuk sekolah-sekolah terpilih, kami memberi tumpuan kepada kumpulan sasaran tertentu. Kami memilih daripada pelajar dan guru seluruh sekolah untuk mewakili sekolah secara keseluruhan. Berdasarkan rajah di bawah SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad 18.5%, SMK Bukit Gambir 10.3%, SMK Bukit Jambul 11.0%, SK Minden Height 7.8%, SK Sg. Gelugor 6.2% dan Cincaria Sdn Bhd adalah 8.0%.
Rajah2: Peratus lokasi reponden terlibat 


Hasil Dapatan Kajian

Rajah 3 menunjukkan tahap kesedaran responden mengenai pembangunan lestari mengikut tahap pendidikan. Responden terdiri dari pelbagai peringkat dan kebanyakan responden dari peringkat universiti. Data menunjukkan bahawa kebanyakan responden sedar dan memahami konsep pembangunan lestari iaitu pembangunan masyarakat, ekonomi dan alam sekitar di samping mengambil kira keperluan generasi akan datang. Walau bagaimanapun, terdapat responden yang tidak mengetahui atau tidak pernah mendengar konsep pembangunan lestari dalam peratusan yang kecil daripada responden.
Rajah 3: Tahap pendidikan responden
Jadual di bawah menunjukkan semua kriteria yang boleh menyumbang kepada masyarakat dan bandar-bandar yang lestari seterusnya mencapai konsep pembangunan lestari. Sebagai sebahagian daripada komponen penyelidikan kami, kami telah melakukan kempen kesedaran di sekolah-sekolah terpilih dan komuniti sekitar USM. Berdasarkan jadual di bawah, penyediaan kemudahan tong kitar semula menunjukkan peratusan yang lebih tinggi dalam kawasan kajian kami. 296 daripada 437 responden (67.7%) daripada mereka bersetuju bahawa kemudahan kitar semula telah disediakan di kawasan kediaman mereka. 310 daripada 437 responden (70.9%) bersetuju penanaman pokok teduhan disediakan di tempat mereka. Sementara itu, pendedahan mengenai inisiatif kompos masih rendah kerana hanya 157 daripada 437 responden iaitu 35.9% responden telah mempunyai pendedahan mengenai pengkomposan.

Jadual 1: Amalan kelestarian dalam kawasan kajian
Perkara
Frekuensi
Peratus (%)
a.   Menyediakan kemudahan pusat kitar semula
296
67.7%
b.   Penanaman pokok teduhan
310
70.9%
c.   Pendedahan amalan pengkomposan
157
35.9%
d.   Pengurusan sisa pepejal yang efisien
192
43.9%
e.   Penggunaan produk jimat tenaga
280
64.1%
f.    Menyediakan fasliti untuk orang kurang upaya
200
45.8%
g. Menyediakan kemudahan rekreasi dan ruang hijau
312
71.4%
h.  Kejiranan yang aktif dan semangat komuniti yang erat
320
73.2%
i.   Perumahan yang berkualiti untuk semua lapisan masyarakat
314
71.9%
j.   Harga barangan adalah berpatutan dan mampu dimiliki
310
70.9%
Sumber: Kerja Lapangan, Centre for Sustainability Studies (CGSS), 2011


Rajah 4 menunjukkan peratusan di mana pengguna mencapai maklumat mengenai pembangunan lestari mengikut sumber-sumber yang berlainan. Kira-kira 134 responden (30.7%) mendapat maklumat melalui akhbar, majalah dan buku-buku pendidikan. Kebanyakan responden secara meluas mengakses maklumat melalui sunber ini dan kebanyakan mereka telah dididik dari universiti. Sementara itu, 123 responden (28.1%) mendapat maklumat pembangunan lestari melalui internet dan diikuti oleh medium lain.


Rajah 4: Peratus maklumat mengenai pembagunan lestari

Merujuk jadual di bawah, pelbagai amalan gaya hidup yang lestari. 41.6% (182 daripada 437 responden) responden mengatakan mereka kerap mengamalkan penjimatan air. Dari segi pengangkutan, 4.8% (21 daripada 437 responden) tidak mengunakan kenderaan awam dalam kerja seharian mereka.
Jadual 2: Maklum balas responden mengenai amalan gaya hidup lestari
Perkara
Tidak diamalkan
Jarang diamalkan
Kadang-kala diamalkan
Kerap diamalkan
Paling kerap diamalkan
bil
%
bil
%
bil
%
bil
%
bil
%
a)Penjimatan tenaga
17
3.9
52
11.9
118
27
170
38.9
80
18.3
b)Pengurusan sampah
17
3.9
40
9.2
90
20.6
173
39.6
117
26.8
c)Penjimatan air
17
3.9
41
9.4
80
18.3
182
41.6
117
26.8
d)Pengangkutan
21
4.8
53
12.1
127
29.1
155
35.5
81
18.5
e)Kepenggunaan
19
4.3
35
8
123
28.1
161
36.8
99
22.7
Sumber: Kerja Lapangan, Centre for Global Sustainability Studies (CGSS), 2011.


Kitar Semula:

Jadual 3 menunjukkan jenis barang kitar semula di sekolah-sekolah. Tong kitar semula telah diedarkan selepas kempen kesedaran. Barangan kitar semula telah dikumpul selepas dua minggu dan penjual yang dipilih datang ke sekolah-sekolah untuk menimbang barang-barang. SMK Bukit Gambir menunjukkan pendapatan tertinggi iaitu RM38.95, diikuti oleh SMK Bukit Jambul, RM 21,05 dan SK Sungai Gelugor RM20.30. Item yang dipungut paling tinggi adalah kertas campuran dan kertas putih iaitu 56kg dan 55kg. Hal ini disebabkan sekolah menggunakan banyak kertas di dalam aktiviti-aktiviti harian mereka. Sementara itu, plastik adalah dianggarkan sebanyak 18 kg, kotak = 6 kg, akhbar lama = 13 kg, logam = 10 kg diikuti oleh aluminium 0.5kg. Keputusan menunjukkan bahawa kadar kitar semula masih rendah kerana tidak cukup tong kitar semula dan kekurangan program kesedaran kitar semula.

Jadual 3: Bahan kitar semula yang dijana di sekolah
Lokasi
Berat (kg)
Pendapatan (RM)
Kertas Putih
Kertas Campur
Kotak
Surat Khabar
Besi
Tin Aluminium
Plastik
SMK Bukit Jambul
24
10
0
13
0
0
0
21.05
SMK Bukit Gambir
32
18
5
0
10
0
0
38.95
SK Sungai Gelugor
21
11
3
0
0
0.5
7
20.3
SK Minden Height
0
8
8
0
0
0
9
9.9
SK Bukit Gambir
0
9
0
0
0
0
2
5.1
Jumlah
55
56
16
13
10
0.5
18
95.3
Sumber: Kerja Lapangan, Centre for Global Sustainability Studies (CGSS), 2011.


Pengkomposan:

Dua lokasi utama telah dipilih sebagai kawasan kajian iaitu Universiti Sains Malaysia dan beberapa buah sekolah di sekitar USM. Terdapat teknik pelbagai kompos yang telah digunakan termasuk Kaedah 'Takakura', Kompos Timbunan dan Kompos Berpagar. Kaedah 'Takakura' telah diperkenalkan oleh PPSPPA Pulau Pinang. Sementara itu, kaedah kompos timbunan dan kompos berpagar telah diperkenalkan Prof. Sultan Ismail dari The New College, India. Setiap sisa yang berbeza digunakan untuk kaedah kompos yang tertentu. Kompos kaedah berpagar dan timbunan sesuai digunakan untuk sisa taman/kebun manakala kaedah 'Takakura' lebih sesuai untuk sisa dapur. Kaedah `Takakura' lebih rumit untuk diaplikasikan dalam skala yang besar kerana banyak bahan perlu disediakan dan prosedur yang banyak diperlukan. Kompost kaedah berpagar dan timbunan adalah lebih mudah untuk diamalkan kerana ia hanya memerlukan tinja lembu sebagai bahan utama. Tinja lembu dipilih sebagai sumber utama mikroorganisma untuk menguraikan sisa pepejal. Berat najis lembu yang digunakan bergantung pada berat sisa pepejal yang digunakan untuk kompos. Oleh itu, kaedah berpagar dan kaedah timbunan sesuai digunakan di sekolah-sekolah. Terdapat lima sekolah-sekolah yang telah dipilih sebagai kajian kes iaitu SMK Bukit Jambul, SMK Datuk Haji Muhammad Nor Ahmad, SMK Bukit Gambir, SK Minden Height dan SK Bukit Gambir. Kompos berpagar telah digunakan kepada semua sekolah kecuali SK Bukit Gambir. Jumlah berat sisa pepejal di Universiti Sains Malaysia lebih berat (748kg) berbanding dengan sisa pepejal yang dihasilkan di sekolah-sekolah (75kg) kerana perbezaan luas kawasan.
 
Jadual 4: Aktiviti Pengkomposan di USM dan kawasan kejiranan
Kaedah/Lokasi
Bahan-bahan (kilogram)
Berat Baja yang Dijangkakan
Tanah
Dedak Ayam
Sisa dapur/kebun
Tinja Lembu

Universiti Sains Malaysia

a.Kaedah Takakura
0.5kg
0.25kg
0.5kg
-
≤ 1kg
b.Kompost Timbunan
-
-
128kg
10kg`
≤ 32kg
c.Kompost Berpagar
-
-
120kg
10kg
≤ 30kg
Jumlah


748kg

≤ 63kg

Sekolah

a.SMK Bukit Jambul    (Kompost berpagar)
-
-
12kg
2kg
≤ 3kg
b.SMK Bukit Gambir  (Kompost berpagar)
-
-
14kg
2kg
≤ 3.5kg
c.SMK Datuk HMNA (Kompost timbunan)
-
-
17kg
2kg
≤ 4.25kg
d.SK Minden Height  (kompost berpagar)
-
-
18kg
2kg
≤ 4.5kg
e.SK Bukit Gambir (kompost timbunan)
-
-
14kg
2kg
≤ 3.5kg
Jumlah


75kg

≤ 18.75kg




Sumber: Kerja Lapangan, Centre for Global Sustainability Studies (CGSS), 2011.