Definisi Kitar Semula

Terdapat banyak definisi mengenai kitar semula. Namun definisi yang sering kali digunakan ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai (Sumber: sisa@my.Malaysia).  Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita boleh dihasilkan sebagai satu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses semula barangan tersebut.


  • Tahukan anda bahawa setiap hari kita akan menghasilkan sampah? Sampah ataupun sisa pepejal merupakan sesuatu yang tidak digunakan dan diperlukan lagi yang dijana daripada aktiviti komersial, agrikultur dan industri. Sampah terdiri daripada pepejal, cecair dan gas.( www.medcities.org) . Untuk mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh masyarakat, salah satu langkah yang kita harus amalkan ialah KITAR SEMULA.


Kenapakah kita perlu mengamalkan kitar semula?


1) Mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak pelupusan sampah.


2) Mengurangkan pencemaran udara kesan daripada pembakaran hutan (untuk membina tapak pelupusan sampah).


3) Mengurangkan pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka.


4) Mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa.


5) Mengelakkan pencemaran bau akibat daripada pengurusan sampah yang tidak dilaksanakan secara sistematik.


6) Menjana pendapatan dengan mudah.


7) Kitar semula merupakan amalan yang mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melaksanakannya.


8) Mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas.


9) Bahan yang boleh dikitar semula boleh dijadikan bahan-bahan sumbangan kebajikan.


10) Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.





  • Tahukah anda di Malaysia terdapat pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menyokong program yang berkaitan dengan kitar semula ini? Amalan kitar semula ini merupakan salah satu amalan gaya hidup lestari. Semua ini menunjukkan bahawa amalan kitar semula merupakan amalan yang SANGAT BAIK !!!  Jadi marilah kita bersama-sama memulakan amalan gaya hidup ini tidak kira dimana jua kita berada. Secara tidak langsung kita dapat membantu memelihara kehijauan bumi kita dan membantu menjana pendapatan terutamanya kepada golongan terkebawah.



Apakah barangan yang kita boleh kitar semula?

1) Kertas

- Surat khabar lama, buku, majalah lama,kertas, kotak, sampul surat, kalendar dan sebagainya


2) Aluminium dan besi

- Tin minuman, foil aluminium dan barangan logam


3) Plastik

- Beg plastik, botol mineral, botol syampo, botol minuman, bekas makanan plastik dan sebagainya


4) Pakaian

- Pakaian-pakaian lama


5) E-waste

- Barangan elektrik seperti komputer lama, radio dan sebagainya


Barangan yang tidak boleh dikitar semula:


1)      Tin cat

2)      Tong sisa toksik

3)      Sel kering

4)      Mentol

5)      Tingkap rumah

6)      Aluminium foil

7)      Bekas styrofom

8)      Lampin pakai buang kanak-kanak

9)      Bakas pembalut makanan

10)  Kertas tisu



Tong Kitar Semula

   Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Proses pengasingan sisa pepejal atau sampah merupakan proses penting. Oleh itu, penyediaan set tong kitar semula adalah penting tidak kira tong tersebut merupakan yang mahal atau dibuat sendiri.  Kebanyakan tong kitar semula yang terdapat di Malaysia merupakan tong  yang telah disediakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Terdapat juga tong yang telah disediakan oleh agensi bukan kerajaan (NGO) yang peka terhadap pentingnya amalan kitar semula. Pada kebiasaannya tong kitar semula akan diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza mengikut fungsinya yang berbeza iaitu warna biru, coklat dan jingga.




Set Tong Kitar Semula Coklat, Biru dan Jingga.


                                          
Fungsi warna biru yang terletak pada salah satu tong kitar semula ini adalah untuk menggumpul kertas, tong coklat untuk menggumpul kaca dan tong jingga untuk menggumpul tin aluminium dan plastik.