Pengkomposan cara timbunan bukanlah satu teknologi baru dalam pengurusan sisa pepejal. Kaedah ini telah lama dipraktikkan secara meluas semenjak beberapa abad yang lalu. Sisa-sisa tersebut dilonggokan, kemudian dibiarkan mereput dalam jangka masa yang lama untuk menghasilkan baja kompos. Kompos timbunan juga dikenali sebagai ‘kaedah indore’ yang menggunakan tinja haiwan dan sisa kebun seperti daun kering, rumput dan sebagainya.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan 4x4 kaki saiz :
1) Najis lembu 5kg X 0.50 sen = RM 2.50
2) Batu bata 10 X 0.35 sen = RM 3.50
3) Baldi air 5 liter X 4 = 20 liter
4) Black polythene/kanvas/plastik
(*Tidak menjadi keutamaan)
1 tan sampah boleh menghasilkan 250 kg baja kompos
Bahan untuk dikompos :
1) Rumput (hijau)
2) Daun kering (coklat)
3) Ranting (8 batang ranting, 4 kaki panjang)
> Gunakan barang yang mudah diperolehi
Langkah-langkah
1) Susun batu bata dan ranting pada permukaan tanah sebagai aliran pengudaraan bahan timbunan kompos.
2) Susun sisa daun kering (coklat) dan sisa rumput (hijau) secara selang seli.
3) Tinja lembu dilarut bersama air.
4) Air larutan tinja lembu disiram disekeliling timbunan sisa dan langkah 2 & 4 diulangi sehingga tinggi sisa timbunan menjangkau 3 kaki.
5) Tutup timbunan kompos menggunakan plastik polythene dan bata diletakan di atas timbunan serta di setiap penjuru plastik dan bahagian tengah dibiarkan terbuka.
Langkah yang perlu diambil perhatian :
1) Jangan campur bahan plastik/botol bersama bahan yang akan dikompos.
2) Siram timbunan dengan air setiap 3-5 hari.
3) Selepas hari ke 3, tinggi timbunan akan berkurangan.
4) Berhati-hati semasa membuka penutup timbunan kompos, seeloknya buka menggunakan kayu (elak binatang liar).
5) Selepas hari ke-4 periksa suhu menggunakan ranting kayu. Masukkan ranting di tengah bahagian timbunan dan biarkan selama 5-7 minit. Kayu tersebut seharusnya panas.
6) Selepas 2 minggu gaulkan timbunan sisa dan baja kompos anda akan siap pada minggu 4.
- Bahan-bahan alternatif selain tinja lembu:
- yogurt masam yang dilarutkan
- cecair penapaian gula merah