Aktiviti



01/06/2011-(Rabu) Perbadanan Pegurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) mengadakan demonstrasi pengkomposan untuk teknik `Takakura Home Method’ kepada pegawai-pegawai penyelidik dan kakitangan Pusat Kajian Kelestarian Global, Universiti Sains Malaysia.



12/06/2011-(Khamis) Menyertai program komuniti “Cleaner, Greener, Safer Penang” bersama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Bukit Gedung. Sebanyak 25 agensi turut menyertai pameran sepanjang program ini seperti Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Kementerian Kesihatan Pulau Pinang, Bank Simpanan Nasional, Jabatan Pengaliran dan Saliran Pulau Pinang, Jabatan Perhutanan Malaysia dan sebagainya. Program gotong royong membersihkan sekitar Sungai Keluang juga dijalankan. Sehubungan dengan itu, Pusat Kajian Kelestarian Global, Universiti Sains Malaysia telah mengambil kesempatan untuk mengadakan demonstrasi pengkomposan kaedah `Takakura Home Method’ dan penerangan mengenai amalan kitar semula.





18/06/2011-(Sabtu) Bengkel `Logical framework analysis’ (LFA) telah diadakan di Bilik Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Bengkel ini disertai oleh pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini seperti pihak JKKK Jalan Aquarium dan pihak sekolah terlibat. Profesor Kamarulazizi bin Ibrahim dan Profesor Kanayathu Chacko Koshy telah dijemput sebagai panel yang berucap. Bengkel ini bertujuan untuk menyatakan masalah yang terlibat dalam melaksanakan projek ini serta mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang telah dikemukakan dengan menggunakan kaedah `mind mapping’




20-21/06/2011- (Isnin, Selasa dan Rabu) Kempen kesedaran untuk komuniti telah dijalankan di GIANT Hypermarket. Pameran dan penerangan lanjut mengenai aktiviti kelestarian di USM serta maklumat mengenai kitar semula dan pengkomposan dijalankan bertumpu kepada pelanggan yang telah mengunjungi pusat komersial Giant pada ketiga-tiga hari tersebut. Selain itu, demonstrasi mengenai kaedah `Takakura Home Method’ turut diadakan dan demonstrasi ini turut mendapat sambutan terutamanya dalam kalangan suri rumah. Borang soal selidik dan risalah maklumat turut diedarkan kepada pengunjung semasa kempen.




23/06/2011- (Khamis) Selain daripada kaedah pengkomposan `Takakura Home Method’, kami turut didedahkan dengan kaedah pengkomposan yang lain iaitu kaedah kompos timbunan (Heap Compost). Profesor Sultan Ismail dari Chennai telah dijemput khas untuk menunjukkan langkah dalam menjalankan kaedah pengkomposan ini. Beberapa pensyarah dan pegawai penyelidik yang terlibatdalam projek, turut serta dalam menyaksikan demonstrasi.



29/06/2011- (Rabu) Kempen kesedaran yang dilaksanakan melalui projek ini turutmemberi tumpuan kepada institusi yang terlibat. Salah satu daripadanya ialah SKBukit Gambir. Kempen di SK Bukit Gambir ini dilaksanakan di 2 tempat yangberlainan pada masa yang sama kerana telah melibatkan pengasingan tahap, iaituTahap 1 dan Tahap 2. Pelajar Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3 telah ditempatkan diDewan sekolah. Pendedahan mengenai amalan kitar semula telah diberi tumpuankepada pelajar Tahap 1 manakala pendedahan mengenai amalan kitar semula danpengkomposan telah dijalankan kepada pelajar Tahap 2 iaitu di Kantin sekolah.Borang soal selidik telah diedarkan kepada para pelajar serta guru sekolah tersebut.
                     




6/07/2011- (Rabu) Kempen kesedaran  turut diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Muhammad Nor Ahmad (SMK DHMNA) yang mana melibatkan pendedahan maklumat mengenai amalan kitar semula serta aktiviti pengkomposan. Latihan dalam kumpulan turut dilaksanakan dalam menilai pandangan pelajar sekolah mengenai cabaran dalam menjalankan kitar semula di sekolah. Stesen pengkomposan dengan menggunakan kaedah kompos timbunan juga telah dipasang di sekolah ini. Seramai 40 pelajar telah mengambil bahagian dalam menghasilkan baja kompos dengan kaedah pengkomposan ini.





8/07/2011- (Jumaat) Kempen kesedaran di Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor pula telah dilaksanakan hanya kepada pelajar sesi pagi iaitu pelajar Tahap 2.  Kempen kesedaran ini melibatkan penerangan mengenai amalan kitar semula. Selain itu, borang soal selidik turut diedarkan kepada pelajar-pelajar daripada kelas yang terpilih. Melalui kempen ini juga, Guru Besar SK Sungai Gelugor turut mengumumkan dan merasmikan satu kelab baharu iaitu Kelab Alam Sekitar sekolah yang turut bertanggungjawab dalam menjaga tong  kitar semula sekolah. Penyerahan satu set tong kitar semula turut  dilaksanakan oleh Profesor Madya Dr. Norizan Md Nor pada hari tersebut.





13/07/2011- (Rabu) Kempen Kesedaran Amalan Gaya Hidup Lestari turut diadakan di Sekolah Kebangsaan Minden Height yang  bertumpu kepada pelajar sesi pagi iaitu pelajar Tahap 2.  Pelajar tahap 2 ini didedahkan mengenai kepentingan amalan kitar semula. Borang soal selidik juga diedarkan kepada pelajar serta guru sekolah ini. Selain itu, untuk aktiviti tambahan sekolah, borang aktiviti mewarna dan juga aktiviti cross puzzle turut diedarkan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk diberikan kepada pelajar. Satu set tong kitar semula turut diberikan kepada pihak sekolah dan diletakkan di bahagian hadapan kantin sekolah tersebut.




20/7/2011- (Rabu) Kempen Kesedaran turut dilaksanakan kepada 30 orang pelajar SMK Bukit Gambir iaitu melibatkan pelajar Tingkatan 4 Satria 2. Selain itu, demonstrasi “Cage Composting”  turut ditunjukkan kepada pelajar sekolah ini. Latihan dalam kumpulan turut diadakan bagi merungkai permasalahan dan juga jalan penyelesaian turut dicadangkan bagi menyelesaikan permasalahan yang telah dikemukakan.





21/7/2011- (Khamis) Kempen Kesedaran turut dilaksanakan kepada 30 orang pelajar SMK Bukit Jambul iaitu melibatkan pelajar Tingkatan 2 dan 4. Selain itu, demonstrasi “Cage Composting” turut ditunjukkan kepada pelajar sekolah ini. Latihan dalam kumpulan turut diadakan bagi merungkai permasalahan dan juga jalan penyelesaian turut dicadangkan bagi menyelesaikan permasalahan yang telah dikemukakan.