Wednesday 29 June 2011

PENGENALAN

   Projek ini adalah bertujuan untuk mengintegrasi dan menyebarkan aktiviti yang telah dilakukan oleh pihak universiti dalam usaha mencapai dua tujuan utama iaitu berusaha menjadi universiti tersohor kerana kelestarian (a university renowned for sustainability) dan universiti yang berteraskan kelestarian (sustainability-led university). Peranan universiti amat penting sebagai sebuah medium dalam mengusahakan pendekatan baru untuk meningkatkan gaya hidup lestari dan berusaha untuk menyebarkan inisiatif yang telah dilaksanakan di USM kepada komuniti persekitarannya. Keterlibatsamaan kumpulan komuniti yang tertentu dijangka dapat memenuhi kehendak pelaksanaan projek ini pada masa akan datang.

   MISI

    Untuk mengembangkan aktiviti kelestarian yang telah dijalankan oleh USM kepada komuniti di kawasan kejiranannya.

   OBJEKTIF

     Antara objektif utama projek ini ialah untuk:

  1. Mempromosi dan menyebarkan amalan gaya hidup lestari dari dalam USM kepada komuniti persekitaran
  2. Melibatkan penyertaan daripada segenap peringkat komuniti dalam agenda kelestarian
  3. Mewujudkan suatu persekitaran yang berfokuskan komuniti lestari
  4. Mengenalpasti halangan-halangan pelaksanaan amalan gaya hidup lestari yang komprehensif

Video Projek:


Untitled from azahar on Vimeo.